Saturday, 9 April 2011

BAHAGIA APABILA DAPAT MEMBAHAGIAKAN...

Kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia. Pegang kata-kata itu:
Impilikasinya, untuk kita bahagia, carilah orang yang paling hampir dengan 
 kita dan bahagiaakanlah mereka. Hanya setelah itu, barulah kita akan merasa 
 bahagia. Sesungguhnya bahagia itu bukan "benda" yang akan berkurang bila 
 diberikan, tetapi ia umpama cahaya yang semakin "diberikan" akan bertambah terangnya. 
Kata bijak pandai, dengan menyalakan lilin orang lain, lilin kita 
 tidak akan padam...
tetapi kita akan mendapat lebih banyak cahaya.
Siapakah orang yang paling hampir? Siapakah yang paling layak kita berikan bahagia?
Selain kedua ibu-bapa, maka kwan-kawanlah yang paling utama diberikan kebahagiaan itu. Jika kawan baik kita tidak bahagia, jangan harap kita boleh membahagiakan orang lain. Dan paling penting, jika kawan sudah menderita itu juga petanda yang kita juga menderita – ingat, kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia.
Apakah langkah pertama untuk membahagiakan kawan? Ya, pertama, hargailah kehadirannya. Rasakan benar-benar bahawa sidia adalah anugerah Allah yang paling berharga. , justeru dia adalah anugerah khusus daripada-Nya buat teman hidup kita sepanjang kembara di dunia..
Ingatlah bahawa yang paling berharga di dalam rumah kita bukannya perabot, bukan peralatan eletronik, komputer ataupun barang-barang antik yang lain. Yang paling berharga ialah manusianya – 
.ibubapa Itulah" modal insan" yang sewajarnya lebih kita hargai daripada segala-galanya. Tetapi benarkah kita telah menghargai ibubapa lebih daripada barang-barang berharga di rumah kita?
Sayang sekali, lain yang difikirkan lain pula yang dirasa..



Hidup terlalu singkat. Hidup hanya sekali. Yang pergi tak kan kembali. Yang hilang, mungkin tumbuh lagi... Tetapi tidak semua perkara akan tumbuh semula. Apakah ibu-bapa yang 'hilang' akan berganti? Apakah kawan yang 'pergi'... akan pulang semula? Jadi, hargailah semuanya selama segalanya masih ada. Pulanglah ke rumah dengan ceria, tebarkan salam, lebarkan senyuman. Mungkin esok, anda tidak 'pulang' atau tidak ada lagi sidia yang setia menunggu di sebalik pintu. Mungkin anda 'pergi' atau dia yang 'pergi'. Hargailah nyawa dan kehidupan dengan sayang dan cinta. Kita tidak akan bahagia, selagi orang di sisi kita tidak bahagia! 
kawan dikala senang mudah didapati..
kawan dikala susah sungguh susah untuk dicari......                                                                                                                                


                                                                                                                   saiful musa..



1 comment:

  1. setuju,, hargailah org yg kite syg.. sbb org yg kite syg 2 la akn sentiase buat kite hepy... :)

    ReplyDelete